Pages

Subscribe:

Welcome To My Blog

Welcome To My Blog

Tuesday, 23 April 2013

Cinta Pandang Pertama Dan 22 Disember 2012

Pada suatu hari,aku dan sepupu ku ke pasar untuk membeli tayar motosikal. Dalam perjalanan ke kedai tersebut,tiba-tiba aku terlihat satu wajah yang telah membuat hatiku berdebar. Tapi ku tepiskan perasaan tersebut,dan aku terus ke kedai yang ingin dituju. Setelah membeli tayar,aku dan sepupu lantas pulang. Dalam perjalanan pulang,aku terjumpa semula gadis yang ku lihat tadi secara lebih dekat. Aku perasan yang dia juga melihatku,terus kami berdua bertentang mata. Hatiku berdebar bercampur bahagia. Hatiku terdetik berkata,mungkinkah dia adalah permata yang ku cari selama ini,dan baru ku temui. Kalau dah jodoh,memang tak ke mana,kata hatiku. Tanpa kuduga,ternyata sepupuku yang lebih di kenali sebagai Kimi,kenal dengan gadis tersebut. Namanya Nadzaratul Ainina Binti Kassim,sama umur denganku. Terus aku berkata pada diriku "aku harus mencari dan mendapatkan cinta dari gadis tersebut".Lalu ku mulakan rancangan. Aku mengajak sepupuku ronda kampung untuk mencari si gadis yang telah mencuri hatiku. Namun selama 3 hari aku mencari,tidak ku temui. Lalu aku berdoa kepada Allah "Ya Allah,jika dia benar untukku,dekatkanlah hatinya dengan hatiku.Jika dia bukan milikku,tabahkanlah hatiku dengan ketentuanMu".Dan masuk hari keempat,aku merasa berputus asa untuk mencari. Kan aku dah cakap,kalau dah jodoh memang tak kemana. Aku terjumpa si gadis di pasar,dengan sepupunya atau kawannya. Dia menyedari kehadiranku,lalu melemparkan satu senyuman yang manis untukku. Aku gembira bercampur bahagia. Aku dapat merasakan,doaku di dengar oleh Allah. Aku terus memerhatikan dia dari jauh. Dan pada tahap kritikal,aku terus memberanikan diri untuk berjumpa dengannya dan menyatakan hasrat untuk berkenalan dengannya. Jeng3,si gadis benar-benar berada di hadapanku. Aku hanya mampu kata "hai" dan tangan ku terketar-ketar kerana malu. Maklum la,selama ini bkn aku yang mendekati wanita,tapi wanita yang menghampiri aku. Hahaha...Ok,kisah di teruskan.Aku terus menyatakan hasratku kepadanya, dan aku ternyata tidak bertepuk sebelah tangan. Dia memberikan nombor telefonnya dengan ikhlas dan satu senyuman yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Akan tetapi,dengan kegembiraan yang melampau,aku samapai terlupa menyimpan nombor yang diberikan tadi. Frust aku bila menyedari aku terlupa menyimpannya. Dengan membawa semangat dan muka tebal,aku berjumpa semula dengannya dan meminta semula nombornya. Dan aku pastikan yang aku menyimpan nombor nya,siap buat 2 salinan lagi.Hahaha..Apa lagi,aku terus bermesej dengannya,sampai kredit aku habis. Dan selepas itu,parent aku ajak pergi ke saratok,untuk melihat Pesta Krian. Dalam perjalanan,aku senyum sorang-sorang kerana teringat akan kebodohan aku yang lupe save num dia tadi..haha..Sampai je kat saratok,aku terus beli reload dan mesej dengan si gadis yang lebih de kenali sebagai Nina..Sedang aku berjalan jalan di gerai yang menjual bermacam jenis barang,tetiba hujan turun. Aku pun masuk ke dalam salah 1 gerai untuk berlindung. Setelah hujan reda,aku pun keluar dari gerai untuk berjalan jalan semula. Sedang leka aku bermesej dengan Nina,tanpa ku sedar air yang bertakung di atas atap kanvas terus melimpah terkana aku. Apa lagi,basah kuyup di buatnya. "nasib fon tak basah"..itu lah yang keluar dari mulutku. Setelah aku basah,bapa ku terus mengajak kami sekeluarga pulang,berikutan hari sudah petang..Dan dalam pukul 4.30 ptg,aku dan keluarga sampai ke rumah. Dalam aku bermesej dengan Nina,byk benda yang kami ceritakan tentang peribadi masing-masing. Dan,pada pukul 5.00 petang,aku pun cuba melamar nya. Pada mulanya,dia minta masa untuk berfikir. Fikir punya fikir,and last,JENG3.!.dia cakap dia sayang aku,dan dia terima aku seadanya..Yahoo!!!!..dan tarikh 22 Disember 2012 menjadi saksi permulaan hubungan kami berdua dan kami berdua dah bersama selama 4 bulan lebih..Doakan hubungan kami berdua berkekalan sehingga ke pelaminan,dan sehingga ke anak cucu,dan sehingga ke syurga,,Amin!.begitulah kisah permulaan cinta pandang pertama.

0 comments:

Post a Comment