Kepada tuan punya status, dengan ini
saya meminta izin daripada anda supaya saya boleh mengomen status anda.Suka
atau tidak terpulang kepada anda untuk membacanya dan berharap anda dapat
memahami apa yang saya komen. Sebenarnya saya tidak......tahu apa yang saya
komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen status,bahawasanya status anda
terpilih untuk dikomen oleh saya, sesuai dengan kerja saya sebagai tukang
komen.Sekali lagi saya menyatakan bahawa diharap anda dapat memahami komen saya
kerana apa yang saya komenkan disini amatlah panjang. Tapi tidak salahlah jika
komen saya panjang jika isinya padat dan lengkap memenuhi informasi semasa.
Mungkin anda hairan apa yang saya komenkan disini, tapi ternyata status anda
memang tiada kaitan dengan apa yang saya komenkan kerana secara tidak lansung
komen saya ini akan memberi manafaat kepada status anda supaya status anda
lebih menyerlah berbanding biasa. Dengan itu teruslah membaca komen saya kerana
apa yang saya komenkan disini akan memberi inspirasi kepada anda untuk
mengupdate status baru yang lebih informatif, kreatif, progresif dan
innovatif.Namun cerita saya disini belum habisnya, masih ada banyak lagi
kesempatan yang saya ingin komenkan disini selagi facebook masih online selagi
itulah saya tidak hentinya mengomen status siapa-siapa saja yang saya mahu
komen. Jadi anda harus berasa bertuah keran aanda bukan saja terpilih, tetapi
status anda menang menjadi kesukaan saya, ya saya suka dengan status anda
dengan itulah saya tidak henti mengomen tentang kesukaan saya terhadap status
anda. Namun komen saya belum lagi berakhir disini. Mungkin anda berasa pening
mahupun juling kerana membacanya tetapi tangan saya masih mampu untuk menaip
komen untuk anda biarpun apa yang saya fikirkan di benak fikiran hanyalah kosong
tetapi tangan ini terus menaip komen. Alangkah sukanya saya jika dapat mengomen
status anda di hari-hari yang berikutnya selagi facebook masih online, maka
disitulah saya mengomen dan terus mengomen siapa saja yangsaya suka. Jikalaulah
anda tidak meneruskan membaca komen saya disini, mungkin anda telah
pengsan,mahupun sedang dibawa ambulance pergi hospital, tetapijika anda sedang
membaca apa yang saya komenkan disini, maka tahniah!! kerana anda seorang yang
penyabar. Kerana itulah saya menyukai anda dan juga status anda. Maka dengan
itulah lah saya akhiri komen saya disini. Tidaklah saya mampu untuk menaip
denganlebih panjang lagi kerana apa yang saya komenkan tidaklah saya sendiri
memahaminya, adalah kemungkinan anda seorang yang gila membacanya. Namun ketahuilah
anda bahawa dalam pada saya sedang menaip komenanda, telah habis Mee Sedap 3
bungkus dikala mencariidea untuk menaip komen status anda. Ya itulah
kesanggupan saya mengomen status anda, dan dengan itulah berakhirnya komen saya
disini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment